Refund Policy
Polisi Pemulangan Wang
3.0 caj pembatalan (pembatalan oleh pelanggan)
3.1 Tertakluk kepada caj pembatalan yang telah dinyatakan di fasal 3.0 tersebut, sebarang pembatalan tempahan oleh Pelanggan perlu diserahkan kepada Syarikat secara bertulis (notis bertulis awal perlu diberikan kepada Syarikat melalui notis serahan yang telah dipersetujui di fasal 20.0 berikut) dan Syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar setelah mengurangkan mana-mana pembayaran yang dikenakan di bawah dalam tempoh tiga hingga enam (3-6) bulan dari tarikh Syarikat menerima dan mengambil maklum notis.
3.2 Bagi pakej pelancongan pengembara berkumpulan
3.2.1 Jika Syarikat menerima notis bertulis untuk membatalkan tempahan bagi pakej pelancongan berkumpulan empat puluh (45) hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) atau dua peratus (2%) daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) setiap seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima empat puluh empat (44) hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai (rujuk Jadual 3.2.1(a) di bawah):
|
Pembatalan Diterima
|
Caj Pembatalan
|
|---|---|
|
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
Perlucutan deposit pelancongan
|
|
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
35% daripada tambang pelancongan
|
|
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
50% daripada tambang pelancongan
|
|
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
75% daripada tambang pelancongan
|
|
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas
|
100% daripada tambang pelancongan
|
Jadual 3.2.1(a)
3.3 Bagi pakej pelancongan pengembara perseorangan atau FIT
3.3.1 Jika Syarikat menerima notis bertulis untuk membatalkan tempahan bagi pakej pelancongan berkumpulan tiga puluh (30) hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) atau sepuluh peratus (10%) daripada deposit pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih rendah) setiap seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima dua puluh sembilan (29) hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai (rujuk Jadual 3.3.1(a) di bawah):
|
Pembatalan Diterima
|
Caj Pembatalan
|
|---|---|
|
15-29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
50% daripada deposit pelancongan
|
|
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
20% daripada tambang pelancongan
|
|
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
40% daripada tambang pelancongan
|
|
2 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
100% daripada tambang pelancongan
|
Jadual 3.3.1(a)
3.4 Pada setiap masa yang material, dasar pembatalan bagi setiap syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.1, fasal 3.3.1, jadual 3.2.1(a) dan jadual 3.3.1(a) di atas (Catatan: Tiket 4 kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko Pelanggan sendiri. Dalam apa jua keadaan, Pelanggan bersetuju bahawa Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung oleh Pelanggan)
3.5 Lain-lain caj tambahan yang perlu ditanggung oleh Pelanggan (jika perlu) adalah seperti berikut:
3.5.1. Bayaran visa penuh sekiranya permohonan dan bayaran visa telah dibuat (caj bergantung pada harga penuh dan lain-lain kos berkenaan permohonan visa).
3.5.2. Bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) dikenakan sekiranya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna (bagi yang menolak beg setelah pembelian).
3.5.3. Pelucutan deposit RM 800.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Sahaja) sekiranya bayaran deposit tempahan tiket telah dilakukan (bergantung kepada tarikh sektor ketetapan penerbangan).
4.0 pembatalan oleh syarikat
4.1 Syarikat berhak membatalkan pakej yang ditawarkan jika berlaku sesuatu keadaan yang melampaui dan di luar kawalan yang munasabah seperti dan tidak terhad kepada bencana alam, keadaan cuaca melampau, kebakaran, pandemik, epidemik, perang, mogok, rusuhan, kekecohan awam, atau arahan Kerajaan Malaysia dan/atau Kerajaan negara destinasi yang berada di luar kawalan Syarikat.
4.2 Tertakluk kepada fasal 4.1 di atas, Syarikat akan mengesyorkan pakej alternatif. Antara alternatif yang akan ditawarkan oleh Syarikat adalah seperti dan tidak terhad kepada pakej ke destinasi yang sama atau destinasi lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pakej alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang 5 selepas ditolak fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) yang telah ditetapkan oleh Syarikat dan sebarang perkhidmatan oleh pihak ketiga yang telah dibayar oleh Syarikat.
4.3 Jika keadaan memerlukan Syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, Syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti berikut (rujuk Jadual 4.2 (a) di bawah):
|
Pembatalan Diterima
|
Caj Pembatalan
|
|---|---|
|
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM50.00
|
|
1-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
|
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM75.00
|
|
Pada hari berlepas
|
Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM100.00
|